23 July 2008

Al-kesah kerbau naik ke katil
Hishamuddin Rais | Jul 22, 08 7:15pm

Kisah ini telah kita dengar dari zaman berzaman. Datuk kita telah tahu cerita ini. Nenek kita juga telah mendengar cerita ini. Kemudian nenek bercerita kisah yang sama kepada emak kita. Emak kita pula bercerita kepada kita. Kemudian apabila kita masuk sekolah, kita dapat pula membaca cerita yang sama.

CERITANYA: Ada seorang Anak Muda yang telah dipilih oleh orang kampung untuk menjadi Tok Penghulu Baru. Belum pun sempat dia menjadi Tok Penghulu, dia telah menghadapi satu masalah besar. Seekor kerbau jantan di kampungnya telah hilang.

Seluruh kampung menjadi heboh. Kerbau jantan yang hilang ini dimiliki seorang Ibu Tunggal beranak tiga yang tinggal di hujung kampung. Kerbau jantan ini sajalah harta yang telah ditinggalkan oleh arwah suami perempuan ini.

Apabila berita ini tersebar luas, Anak Tok Penghulu Lama bergegas datang ke rumah Ibu Tunggal ini. Dia memberikan beras, gula, garam, kelapa, labu, ikan salai dan sayur bayam sebagai tanda belas kasihan kepada Ibu Tunggal. Dia juga bersumpah akan mencari kerbau jantan yang hilang itu.

Anak Tok Penghulu Lama yang tidak terpilih untuk menjadi Tok Penghulu Baru ini telah menunjukkan rasa kecewa kepada Anak Muda yang bakal menjadi Tok Penghulu Baru kerana gagal menjaga keselamatan kampung. Dia juga berasa kecewa dan marah kepada orang kampung kerana mereka tidak memilih dia sebagai bakal Tok Penghulu Baru.

Anak Tok Penghulu Lama merasakan orang kampung telah salah pilih. Dia berkata, dialah yang paling bijak dalam kampung ini untuk menjadi Tok Penghulu Baru kerana dahulu arwah ayahnya juga seorang Tok Penghulu. Dia juga berasa layak kerana dia memiliki tanah sawah yang luas, banyak ayam itik, lembu dan kambing. Dia juga ramai pengikut yang setia.

Kemudian di hadapan orang-orang kampung, Anak Tok Penghulu Lama ini dengan bangganya telah mengarahkan Dua Budak Suruhan untuk mencari kerbau yang hilang itu. Dia mengarahkan Dua Budak Suruhan ini agar mencari kerbau jantan sampai dapat.
.
Sebenarnya orang kampung tidak memilih Anak Tok Penghulu Lama menjadi Tok Penguhulu Baru kerana orang kampung tidak suka dengan perangainya. Anak Tok Penghulu Lama ini memang betul banyak harta. Memang betul dia banyak ayam itek, lembu dan kambing. Memang betul dia ramai pengikut yang setia. Tetapi tingkah lakunya tidak disukai.

Anak Tok Penghulu Lama ini tidak boleh melihat anak dara atau isteri orang yang berdahi licin – semuanya habis dikebas. Orang kampung juga tahu dia ada menyimpan seorang gundek. Gundek ini disimpan di sebuah pulau. Dia selalu berulang-alik ke pulau itu.

Suatu masa dahulu Anak Tok Penghulu Lama ini telah menceraikan isteri pertamanya. Dia telah menuduh bahawa isteri pertamanya sasau. Tetapi orang kampung tahu isteri pertamanya seorang perempuan yang baik dan tidak sasau. Orang kampung juga tahu, semasa dia menceraikan isterinya, dia sedang gilakan isteri orang.

Mengikut cerita yang empunya cerita, Anak Tok Penghulu Lama ini telah mengarahkan Dua Budak Suruhan untuk menghalau suami perempuan itu pindah ke kampung lain. Apabila si suami telah berpindah, maka dia pun berkahwin dengan Mak Janda itu.

Cerita Anak Tok Penghulu Lama kahwin Mak Janda ini telah cuba disorokkan tetapi semua orang kampung tahu.

Orang-orang kampung sedar tentang perangai buruk Anak Tok Penghulu Lama ini. Hanya penyokong dan pengikut setia Anak Tok Penghulu Lama ini sahaja yang pura-pura buat tidak tahu. Ini kerana mereka ingin mencari makan atau bekerja di sawah milik Anak Tok Penghulu Lama. Kerana itu para pengikut setianya buat-buat pekak badak.

Al-kesah punya kesah – orang-orang kampung pun sibuklah mencari kerbau jantan yang hilang. Anak Muda bakal Tok Penghulu Baru pun turut sama mencari kerbau jantan yang hilang ini.

Dua Budak Suruhan Anak Tok Penghulu Lama berpura-pura berjalan ke serata pelusuk kampung untuk mencari kerbau yang hilang. Sebenarnya mereka tahu di mana kerbau jantan itu disimpan. Ini kerana Dua Budak Suruhan telah mencuri kerbau jantan itu tiga hari dahulu dan menyorokkan kerbau jantan ini dalam gua batu di tepi hutan.

Cerita kerbau jantan yang hilang ini perancangan Anak Tok Penghulu Lama. Dia sedang merancang memalukan Anak Muda yang bakal menjadi Tok Penghulu Baru. Jika Anak Muda ini dapat dimalukan, maka pastilah dia tidak akan diangkat untuk menjadi Tok Penghulu Baru.

Ketika orang kampung sibuk ke hulu ke hilir, Dua Budak Suruhan ini secara senyap-senyap telah mengambil kerbau jantan dari gua batu dan membawanya ke rumah Anak Muda bakal menjadi Tok Penghulu Baru. Kemudian Dua Budak Suruhan ini berlari-lari keliling kampung sambil menjerit-jerit yang kerbau jantan telah dijumpai.

Apabila orang kampung mendengar jeritan ini, mereka kembali berkumpul. Dengan termengah-mengah Dua Budak Suruhan ini telah menerangkan yang kerbau jantan itu telah ditemui. Untuk membuktikan siapakah yang telah mencuri kerbau jantan ini, Dua Budak Suruhan mahu orang kampung datang bersama mereka melihat di mana kerbau jantan ini disorokkan.

Ketika semua ini berlaku, Anak Muda bakal Tok Penghulu Baru masih lagi mencari kerbau jantan bersama beberapa orang kampung. Apabila mereka mendapat tahu yang kerbau ini telah ditemui kembali, maka mereka berasa senang hati dan berundur pulang.

Apabila Anak Muda sampai ke kawasan rumahnya, dia terperanjat kerana orang ramai sedang berkumpul mengelilingi Anak Tok Penghulu Lama. Anak Muda tidak tahu-menahu kenapa orang ramai berkumpul di halaman rumahnya. Dia terperanjat besar apabila terlihat kerbau jantan itu sedang terikat di tangga rumahnya.

Semua orang kampung menjadi hairan dan tertanya-tanya bagaimana kerbau jantan ini terikat di tangga rumah Anak Muda ini kerana ketika mereka lalu-lalang di hadapan rumah ini, mereka tidak melihat pun kerbau jantan itu.

Dengan pantas Dua Budak Suruhan ini menjawab bahawa kerbau jantan ini telah ditemui tersorok di atas katil Anak Muda. Kerbau jantan ini ditemui sedang tidur di atas katil. Kerbau jantan ini telah diselimutkan dengan kain cadar kerana itu orang kampung tidak dapat melihatnya.

Dua Budak Suruhan ini terus menuduh Anak Muda sebagai pencuri kerbau jantan kerana kerbau jantan ini telah ditemui tidur di atas katilnya.

Dengan serta-merta Anak Tok Penghulu Lama bangun bersuara dan meminta agar Anak Muda ini tidak dilantik menjadi Tok Penghulu Baru. Dia mahu Anak Muda ini ditangkap dan dipasung untuk disula.

Pengikut-pengikut setia Anak Tok Penghulu Lama dengan serta-merta menangkap dan mengheret Anak Muda untuk disula. Suasana menjadi tegang. Orang kampung terpinga-pinga apabila mendengar dan melihat semua ini sedang berlaku di hadapan mata mereka.

Tiba-tiba muncul seorang Budak Lelaki bertanya dengan nyaring: Bagaimana kerbau jantan ini dapat naik tangga dan tidur di atas katil itu?

Apabila soalan ini terkeluar dari mulut Budak Lelaki ini, orang-orang kampung pun berpandangan sesama sendiri sambil mengangguk kepala. Orang kampung mula sedar bahawa cerita dari mulut Dua Budak Suruhan ini tidak masuk akal.

Macam mana kerbau boleh naik tangga? Ini betul-betul cerita yang tidak masuk akal.

Orang kampung menjadi marah kerana mereka cuba dibodoh-bodohkan. Mereka melepaskan Anak Muda yang sedang terikat. Kemudian mereka bangun beramai-ramai dan menghambat Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan.

Orang kampung menghambat mereka dengan cangkul dan parang. Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan lari lintang-pukang meninggalkan kampung.

Mengikut al-kesahnya, Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan lari dari kampung hingga ke Pekan. Demikianlah kesah cerita turun-temurun yang disampaikan oleh nenek kepada cucu dan cucu kepada cicit. Wallahu a’lam bissawwab.

18 July 2008

GAMBAR-GAMBAR PERDEBATAN ANWAR-SHABERY










Polis mengawal ketat keadaan orang ramai di luar DBP


10 March 2008

Tsunami di ambang fajar baru

Fathi Aris Omar Mar 9, 08 4:28am
analisis Politik Malaysia malam ini bergegar kuat susulan kemenangan besar-besaran parti pembangkang di banyak kerusi, termasuk merampas Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak.

Sewaktu mengumumkan ketewasannya, pemangku presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon berkata BN tewas sekurang-kurangnya 30 kerusi di Pulau Pinang daripada 40 kerusi.

Kerusi-kerusi yang dimenangi BN pada 2004 dengan majoriti lebih 15,000 undi jatuh dengan mudah ke tangan pembangkang di Selangor dan Wilayah Persekutuan -- malah dengan majoriti yang besar.

Kerusi-kerusi yang selama ini sukar ditembusi pembangkang Melayu di Lembah Klang hari ini tumbang di tangan calon-calon wanita pembangkang - Titiwangsa dan Lembah Pantai (Kuala Lumpur) dan Kota Raja (Selangor).

Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali dan Dr Siti Mariah Mahmud, dua tokoh wanita PAS yang dianggap progresif, menang di Titiwangsa dan Kota Raja.

Sementara Nurul Izzah, anak mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengalahkan orang kuat wanita Umno di Lembah Pantai -- suatu keputusan yang hampir-hampir mustahil di atas kertas.

Malah PAS yang tidak pernah dikaitkan dengan Johor, kali ini menang di dua kerusi negeri, Maharani dan Sungai Abong. DAP pula menguasai kerusi-kerusi Bentayan, Mengkibol, Senai dan Skudai.

Selain mengekalkan Kelantan dengan majoriti lebih besar -- 40 daripada 45 kerusi -- dan merampas empat lagi negeri, parti-parti pembangkang menjatuhkan tiga tokoh besar parti komponen BN.

Pemimpin teratas MIC, Gerakan dan PPP - masing-masing tumbang di Sungai Siput (Datuk Seri S Samy Vellu), Batu Kawan (Koh Tsu Koon) dan Taiping (Datuk M Kayveas).

Malah semua barisan utama MIC, yang menjadi sasaran kemarahan komuniti India seperti tergambar melalui gerakan Hindraf, berguguran satu demi satu di semua kerusi, dari Perak ke Negeri Sembilan.

Presiden, timbalan presiden dan dua naib presidennya kalah; begitu nasib ketua pemuda dan ketua wanitanya.

Perhimpunan para pemimpin utama negara, yang selalunya diadakan di bangunan PWTC tidak dihadiri sebarang pemimpin utama BN walaupun lebih kurang 80 wartawan, termasuk televisyen, menunggu sejak dua jam terawal.

Selalunya Perdana Menteri, sebagai pengerusi BN, akan mengumumkan kemenangan parti ini secara langsung di TV apabila jumlah kerusi parlimen calon-calonnya mencecah majoriti mudah.

Dijangkakan pada awalnya, seperti lazim, majoriti mudah diperolehi pada 11 malam.

Bagaimanapun hanya pada 2:50 pagi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama timbalannya Datuk Seri Najib Razak dan naib presiden Umno Datuk Seri Rustam Ali muncul di depan media.

Kumpulan wartawan yang menunggunya lebih enam jam lebih ramai daripada penyokong BN di bangunan tersebut -- sesuatu yang tidak pernah kelihatan sebelum ini dalam sejarah 50 tahun kemerdekaan.

Koh, bekas ketua menteri Pulau Pinang, dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa terkejutnya dengan kemenangan luar biasa dan di luar jangkaan.

Nik Aziz, di sidang medianya di pejabat perhubungan PAS negeri, menggesa semua pemimpin pembangkang agar "tidak membalas dendam" dan "menjaga baik-baik kemenangan" ini.

Dalam suasana penuh kejutan, muram dan keletihan itu, tiba-tiba muncul persoalan wajarkah Abdullah melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

"Saya tidak tahu siapa yang tekan saya," kata Abdullah apabila ditanya sama ada beliau ditekan agar meletakkan jawatan susulan ketewasan banyak kerusi BN.

"Saya tidak akan meletakkan jawatan."

"Tsunami politik", ungkapan penasihat DAP Lim Kit Siang, akhirnya berjaya menafikan dua pertiga BN dengan angka menarik, setakat ini, 31 kerusi parlimen kepada PKR, 28 DAP dan 25 PAS.

Semua parti ini tentunya bergembira tetapi kegembiraan luar biasa dikecapi PKR apabila melonjak daripada satu kerusi yang nyawa-nyawa ikan di Permatang Pauh.

Tidak pernah wujud lanskap politik seumpama ini di Malaysia -- tidak pada era reformasi 1999, tidak sewaktu perpecahan Umno menjelang 1990 dan tidak juga keresahan 1969.

Hari ini seseorang yang membuka mata, dan dengan penuh sedar cuba memahami, dia sebenarnya telah melangkah ke sebuah dunia baru yang tidak pernah dikenalinya -- sama ada menawarkan harapan indah atau cabaran membingungkan.

petikan dari www.malaysiakini.com

06 March 2008



gambar pemandangan dari jalan kg padang luas ke padang tapong.. (jalan baru)

16 February 2008

NOSTALGIA



blog ni nampak macam dah makin sunyi.. so apa kata kita masukkan sedikit elemen bunyi-bunyian dan sentimental value.. buat penghibur jiwa lara.

07 January 2008

HARAP MAKLUM..


Undian memilih tarikh untuk gathering yang akan datang sudah pun ditutup. pihak penganjur mendapati hanya sebelas (11) orang sahaja yang mengundi dan empat (4) orang memilih pilihanraya umum Malaysia sebagai masa yang paling sesuai. tiga (3) orang memilih tarikh Tahun Baru Cina manakala tarikh Maulidurrasul dan Hari Pekerja masing-masing mendapat dua (2) undi sahaja.
jadi dengan ini kita confirm la blako.. lepas selesai membuang undi di kampung masing-masing, kita cari port untuk berkumpul together-gether la pulok.. sapo2 yang ada idea kat mana lokasi yang sesuai buleh la royat kat ruangan SEMBANG..
Sekian terima kasih..

03 January 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2008 !!

Walaupun dah masuk tiga hari, rasanya sempat lagi kalu kita sama-sama mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008 kepada sesama sendiri.. Sambil menginsafi masa dan umur yang sudah 29 tahun berlalu.. Apakah pencapaian dan kejayaan yang telah kita lakukan selama ini, atau hanya datang dan pergi seperti angin di padang pasir..
Kering dan berdebu..